Wednesday, October 22, 2008

Chapter 1 - Rissa

by Reez


CHAPTER 1 - Rissa















Langit yang mendung kini ditemani hujan yang turun renyai-renyai membasahi bumi. Ia bagaikan mengerti isi hati Rissa yang kini tidak menentu. Di sudut kamarnya yang kecil, Rissa merenung jauh ke luar tingkap mengenangkan nasibnya.

Lamunannya tidak mampu diganggu walaupun langit mula berkata-kata dengan dentuman yang kuat,apatah lagi kipas di biliknya yang sudah ditelan zaman, berbunyi-bunyi sambil berpusing melawan arah jam. Namun,lagu Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Caillat di laptop kepunyaannya menemani lamunannya yang semakin lama,semakin jauh beterbangan.





“Apa yang kau menungkan tu Rissa?,”suatu suara tua tiba-tiba bertanya dari belakang,menghentikan lamunan Rissa.


Rupa-rupanya mama kepada Rissa, Puan Sharline, yang menegur anaknya sambil menunjukkan wajah yang simpati.


“Takde apape ma, saja nak relaks sikit,ambik angin”, kata Rissa sambil tersenyum lemah ke arah mamanya.


“Apape saja lah kau Rissa, kejap lagi turun makan dengan mama and papa tau”

“Okay ma”jawab Rissa pendek.


Puan Sharline mula melangkah keluar dari biliknya, dan Rissa pula, terus memandang ke luar tingkap untuk menyambung menungannya yang terputus sebentar tadi sambil memegang erat gambar seseorang. Sesekali bibirnya mengukir senyuman, tercuit hatinya serba sedikit mengenangkan kisah lama bersama kekasih lamanya.


Kisahnya bermula ketika Rissa masih lagi menunggu result sebuah syarikat untuk permohonannya mengisi jawatan kosong sebagai seorang Accountant.Rissa telah menghabiskan pelajarannya di University of New South Wales dan telah mendapat kelulusan yang cemerlang dalam bidang perakaunan.

Namun, kata pegawai yang bertugas,”We'll contact you in four weeks time Miss Rissa,”permohonannya akan dijawab dalam masa empat minggu kerana terlalu banyak permohonan yang perlu ditapis oleh mereka. "Graduan nowadays makin competitive,"kata mereka lagi.


Oleh kerana jawapan bagi permohonannya mengambil masa yang begitu panjang, Rissa telah mendapatkan kerja di sebuah hotel di pusat bandar bagi mendapatkan wang lebih untuk shopping seperti wanita-wanita yang lain.

“Kenapa you nak kerja Rissa, kan your dad ada, mintak je la”, kata Anis,sahabat Rissa, kepadanya.


“Ala Nis, you know my dad right? Bukan senang I nak dapat duit from him.If dia bagi,nak topup pun belum tentu cukup tau,”balas Rissa sambil tertawa.


“You ni, tak baik tau cakap your dad macam tu. Ala, you pujuk la dier manje-manje sikit, sure dia bagi punye,” kata Anis lagi dengan nada bergurau.


“Taknak la Nis, I pun tak nak pamper myself sangat. Nanti I makan tido makan tido, jadi cam baby elephant pulak,”


Tawa mereka menggamit suasana grand ballroom yang boleh tahan besarnya itu.

“Hey!Apa yang kamu tengah ketawa tu?!” jerit seorang manager hotel secara tiba-tiba yang kebetulannya memasuki ballroom tersebut.


“Errrr…kami”. Rissa tidak mampu berkata apa-apa kerana takut.


“Awak kalau nak kerja, buat kerja betul-betul.Wedding ni sangat grand. All things have to be perfect,and you know that is our policy!Kalau awak nak ketawa sangatttt, balik rumah, tengok Mr Bean,paham???”


“Faham cik puan~,” jawab mereka hampir serentak.


Manager itu terus berlalu ke tempat lain untuk melihat progress persiapan untuk perkahwinan yang akan diadakan dalam masa 2 hari lagi. Perkahwinan itu adalah di antara Azrul dan juga Dewi. Mereka berdua merupakan anak kepada businessman tanahair yang hebat, iaitu Tan Sri Shahrul dan Datuk

Kamil. Jodoh anak mereka akan disatukan secara besar-besaran di hotel tempat Rissa bekerja.


“Ish,bising betullah Cik Murni tu, kalah singe betina. Gelak sikit marah, gelak sikit marah, mana tak muka berkedut-kedut macam bulan,” kata Rissa meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada Anis.


“Tu la, I think that’s the reason dia tak kawin-kawin lagi. Maklum la, siapalah nak terjun dalam kandang singe.,” sambung Anis sambil tertawa kecil.


“Shh! Jangan la kuat sangat, karang singe terkam baru you tau,”

Mereka berdua terus bercerita sesama sendiri sambil memasang kain berwarna maroon pada meja makan bagi tujuan perkahwinan itu. Banyak kain yang perlu dipasang, kira-kira 100 meja lagi sedang menunggu.


Sejam selepas itu, tiba-tiba, suara riuh-rendah kedengaran berhampiran pintu masuk ballroom. Puan Sri Suhaili rupa-rupanya yang sedang sibuk menyuruh pekerja-pekerja hotel yang lain lekas melakukan kerja menghiasi ballroom tersebut. Mungkin dia berasa teruja untuk melihat tempat anaknya yang akan berkahwin untuk siap secepat mungkin.

“I want this wedding to be wedding of the year okay Cik Murni, biar orang tahu siapa husband I,siapa lagi if bukan Tan Sri Shahrul,”kata Puan Sri Suhaili dengan lagaknya yang tersendiri sambil tertawa kecil.


“You can count on me Puan Sri, don’t worry,”jawab Cik Murni dengan muka yang sedikit pucat tapi tersenyum lebar.

“Good”, jawab Puan Sri Suhaili ringkas.

Di suatu sudut, Rissa dan Anis masih lagi memasang alas kain meja yang berwarna maroon,tapi kini di meja paling hadapan yang merupakan tempat duduk VIP.


“Rissa, kain merah ni dah nak abis ni. I think you should get some more. If tak cepat, mati la kite,”kata Anis.


Ala, fine la. Dekat mana kain-kain yang lain tu Nis?”

“I think its over there,”Anis menunjukkan jarinya ke arah bilik berhampiran pintu masuk ballroom,”You masuk bilik tu, then you tengok kanan, I think its there somewhere,”

“Okay,”jawab Rissa


Rissa berjalan ke bilik tersebut dan mengambil sebuah kotak besar berisi kain untuk dibawa ke tempat sebentar tadi. Namun oleh kerana kotak itu terlalu besar, Rissa terhuyung-hayang membawa kotak tersebut. Tiba-tiba, Rissa bersama kotak yang dibawanya terlanggar Puan Sri Suhaili, namun tidak begitu serius.


“Ouch!Watch out you! Awak tak nampak ke saya tercegat dekat sini??” herdik Puan Sri Suhaili. “ Lain kali, hati-hati sikit,” tambahnya.


“Sorry Puan Sri, saya salah,…emmm…saya lose control sikit tadi.Maaf Puan Sri,”jawab Rissa.


“Dah..dah…Continue your work,”


“Ba..baik Puan Sri..,”


Rissa bergegas membawa kotak tersebut ke tempat Anis dengan wajah yang agak pucat.


“Anis, malunye aku! Nasib baik Cik Murni pergi toilet. If tak, sure I kene sack,”


“Haha, Rissa, you ni careless lah. Ey, at least you talked to her tau.Manalah tahu nanti dier jadi mak mertua you.”kata Anis sambil tersenyum sinis,” Anak dier yang sorang lagi tu pun,boleh tahan macho. You kan suka,”kata Anis sambil menumbuk ringan bahu Rissa.


“Who?Fazrul? Haha, its like a dream come true lah to get him, alive,haha,”jawab Rissa.


“Pandai la you, lusa dapat la kite tengok dia sama-sama.We are going to melt like icecream under the sun,”kata Anis gembira.


“Ish you ni, buat kerja la, nanti datang lagi Cik Murni sayang kite tu,”kata Rissa,mukanya merah padam.


“Yela Cik Rissa intan payung mutiara emas,”

Bersambung…….

4 comments:

Anonymous said...

perlu ade sesuatu yg killer utk grab attention...uhhuuh....
agak mendatar. sile tarik adrenalin keluar membanjiri dataran jantung pembace bagi chapter seterusnye...


kanak2 pintar....

Tajah said...

aleww... nomo duwa..

komen dr org yg ta ske baca novel.

ok la. mcm ta saba na tgu samungan.

music latar pown besh.

keep it up bro!

kawan said...

hmm..kalau aku bace novel..
bukk2 je buku ade lagu latar cmnih kn bestt..hu..
btw..all da best bro~~

Imran said...

aku akan cube follow novel nie
haha
btw, all de besh