Chapter 2.1 ~ Saat itu
Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Perkahwinan antara Azrul dan Dewi akan diadakan pada sebelah malam. Ramai tetamu telah dijemput dan kebanyakan mereka adalah orang kebesaran.
Rissa dan Anis seperti biasa, terpaksa bekerja pada malam hari sebagai waitress pula di majlis itu.
“Hai Nis, orang malam-malam pegi wedding pakai baju very the elegant, kita ni pakai baju waitress angkat pinggan je,”kata Rissa sedikit tidak puas hati.
“Haha, kalau I dapat anak Datuk ke,
“Beranganlah you, Datuk K pon belum tentu nak kat you tau tak,” kata Rissa bergurau sambil tertawa kecil.
“Eleh, setakat Datuk K tu buat apa Rissa. Geli I okayyyy. Lain la if Datuk Shah Rukh Khan ke, I sukeee,”jawab Anis riang.
Orang ramai mula berderu-deru masuk ke dalam ballroom yang indah dihias bertemakan warna maroon dan peach itu.Semuanya berpakaian cantik,lelaki memakai baju melayu lengkap bersampin, manakala wanita pula ada yang memakai baju kurung dan ramai juga yang memakai baju kebaya.
Ballroom yang pada awalnya lengang kini dipenuhi manusia memenuhi meja-meja yang sebentar tadi kosong.
Tiba-tiba, lampu di dalam ballroom tersebut di malapkan secara perlahan-lahan. Hanya cahaya kekuningan yang membayangi dewan tersebut. Itu tandanya pengantin telah tiba.Para tamu kelihatan meninggikan leher untuk melihat kedua-dua mempelai beriringan memasuki ballroom yang indah itu.
Seketika kemudian, kelihatan seorang lelaki segak bergaya,memakai tuxedo hitam berjalan, berpimpinan tangan bersama seorang wanita yang berwajah kacukan,berpakaian gaun labuh berwarna putih, mula masuk. Mereka diiringi cahaya spotlight yang cerah, juga didahului anak-anak kecil yang comel berjalan sebaris di hadapan mereka.Wajah mereka riang sekali. Di belakang pengantin pula terdapat beberapa ahli keluarga mengiringi perjalanan mereka memasuki ballroom.
Ditengah-tengah ahli keluarga yang mengiringi pengantin, Rissa dan Anis, yang sedang berdiri berhampiran tiang kayu berukiran bunga-bungaan, terlihat seorang jejaka yang segak, berjalan bersama-sama kumpulan itu. Gayanya berjalan sahaja sudah memukau banyak mata anak gadis terutamanya.
“Tu, Fazrul tu Rissa,Fazrul.Oh my god, he is so hot!,”teriak kecil Anis kepada Rissa.
“A’ah la,”jawab Rissa pendek sambil memanjangkan lehernya mencari-cari jejaka yang dikatakan Anis itu.
“Ish, you ni macam takde perasaan la.Oh my god, I’m fainting!,”kata Anis lagi sambil mengipas-ngipas mukanya.
Rissa ketika itu teringat akan kisahnya bersama Fazrul. Bukan orang asing lagi Fazrul bagi Rissa, kerana dia merupakan seniornya di
Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengisi free time mereka di
Majlis telah pun bermula. Pengerusi majlis bersama temannya mula menyampaikan ucapan pendek. Kedua-dua pengantin yang sedang duduk di tempat bersanding kelihatan tersenyum sipu menjadi raja sehari. Senyuman Azrul di atas tempat persandingan di temani lesung pipit nya yang dalam. Sedang pengerusi menyampaikan pantun nya, tiba-tiba bahu Rissa di cuit dari belakang…….
7 comments:
bukan seminggu sekali ke?jangan le update cpt sgt.....
x menang tgn bace.
kanak2 pintar....
haha...relax2...ter rajin kejap...sminggu skali tu minimum
alerrr pendeknye nyeh? saspen lak tuh! huhuhu
da agak da rissa tu msti ade paape ng fazrul...
hahaha...baru chapter 2
jenjangan rissa tuh ada affair ngan Tan Sri tak? huhuhu
woo0ohhh teroskn!!
Post a Comment