Wednesday, December 17, 2008

Chapter 3 - Ku sangka siapa

Seminggu berlalu. Rissa telah berjanji dengan Fazrul dan Puan Sri Suhaili untuk mendendangkan dua buah lagu untuk sambutan kecil perkahwinan Azrul dan Dewi sebelum mereka pergi berbulan madu di Paris.

[Rissa. Saturday ni dtg my house tau. I nak train our duet song for this coming Sunday.Later I send my full address.] Sms Fazrul kepada Rissa.

“ Ish, kenapa la aku pegi terima permintaan diorang tu,” bentak hatinya.

KRINGGGGG!!!!!!~Sabtu menjelma. Rissa bangun dengan malas dari katil tempat tidurnya. Matanya masih bengkak, maklum la tak cukup tidur. Semalam Rissa menonton cerita Titanic buat ke 54 kali. Minat betul Rissa cerita tu sampai setiap kali dia tengok cerita tu, air-air jernih pasti keluar mengalir perlahan dari matanya yang cantik itu. Rissa menyiap kan dirinya dengan berpakaian agak simple . Itu lah cara Rissa, ‘simple and nice’. Dia tidak suka memakai terlalu seksi seperti minah-minah yang memakai skirt pendek tidak cukup kain. Kalau muka lawa mungkin boleh dimaafkan. Tanpa berlengah lagi, Rissa menggapai kunci kereta Kelisanya lalu pergi ke rumah Fazrul. Rissa memang tak biasa makan pagi, lagi-lagi susu. Boleh termuntah dibuatnya.

Berbekalkan alamat yang diberi oleh Fazrul dan GPS berharga RM600 yang dipasang pada kereta Kelisanya, Rissa akhirnya smpai di rumah Fazrul sekeluarga yang terletak di Bukit Antarabangsa.. Kelihatan dari jauh , seorang jejaka berseluar Bermuda sedang membasuh kereta Nissan Skyline yang berwarna white gloss..

“Eh Fazrul ni, rajin pulak dier basuh kereta pagi-pagi Sabtu ni. Kata nak training’,kata Rissa di dalam hatinya.”hmmmm…nk buat surprise sikit la cmni. Sure meracau dier ni..hihi”

Dengan perlahan, Rissa pergi mendekati kereta itu lalu dengan kuat menampar bahagian belakang Fazrul.

PANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

“Opocot your mother!,”

“Haha, hai you,”kata Rissa sambil tersenyum.

“Er, hi…Do I know you miss?”kata ‘Fazrul’ sambil mengurut-ngurut bahagian belakangnya yang terasa pedih.

“Haha, come on Fazrul, don’t play jokes with me!,” kata Rissa berbunyi sedikit manja.

“Erm, I’m sorry but I rasa you got the wrong person,”

“Wrong person?Ww..What do you mean?”Tanya Rissa sedikit pelik.

“Fazrul is my brother. Errr… Hi, I’m Izrul,”kata pemuda itu tadi.

“Wwhat? I don’t know Fazrul has a twin?” kata Rissa tergamam.

“Well, yeah. I’m his twin”kata Izrul.

Muka nya saling tak tumpah seperti Fazrul. Tinggi lampai. Cuma penampilannya agak simple berbanding Fazrul.

“Okay, umm..Hi, I’m Rissa, kawan Fazrul,”

“Oh, Rissa. Sorry but my brother is not here. Dia baru je berlepas ke Dubai for some emergency business trip katanya,” kata Izrul

“He is not here?And why did’nt he told me?” kata Rissa agak geram.

“Er…what phone are you using?”

“Sony. Why?”

“Patutlah. Sure your inbox full. Biasa lah orang malas nak delete message Sony. After reply jadi satu kerja nk delete the same message,” kata Izrul sambil mengelap kereta yang dibasuhnya itu.

“Haha,hey you’re right. My inbox is full,” kata Rissa sambil melihat telefon bimbitnya itu. “How could that be eh,” kata Rissa sambil tertawa kecil. Mungkin tertawa atas kebengapan dirinya kerana lupa memadam sms-sms yang diterima.

“Well yeah. Um…Alang-alang you’re here, apakata I take you swomewhere to eat? I tak makan lagi ni, and our maid is not home. Shes in Jakarta, anak kawin,.And all ican cook is scramble egg”kata Izrul

“Well I haven’t had my breakfast either. Sure,” jawab Rissa.

Izrul pun pergi masuk ke dalam rumah untuk menukar baju dan seluar.

“Eh, tak jemput orang masuk pun. Bagus betullah dier ni,” bentak hati Rissa.

Rissa kembali mlihat telefon bimbitnya.

{Too many messages.Delete some from any folder. Delte now?}

Tooot {yes}

{inbox} toott {more} toot {delete all messages} tooot

“Hah. Senang hati aku. Patut la message Fazrul tak sampai. Fazrul ni pun satu. Bukan nak call,” kata Rissa dalam hatinya.

“Hey..I’m ready. Lets go,” kata Izrul yang tiba-tiba muncul seperti David Copperfield.

“Okay, so…Where are we going?”Tanya Rissa. Tak pernah dia keluar dengan orang yang tak dikenali. Nasib baik jejaka tu kembarnya Fazrul.

“Well, I ni dah lama tak makan makanan Melayu. So, jom pergi makan nasi dagang kat Keramat. I heard they have a good nasi dagang there,” kata Izrul selamba.

“Eer..okay,” jawab Rissa agak terkejut dengan pilihan makanan Izrul. Abangnya Izrul lain benar. Tak pernah terliur dia hendak makan masakan Melayu. Bak kata orang, lidah dah jadi lidah Mat Salleh. Gedik.

Selang beberapa minit, sampailah mereka di pasar Keramat depan lrt putra. Izrul memesan makanan begitu juga Rissa. Lalu mereka makan berdua.

“Ah, this is nice. Its been quite a while since I ate here,’kata Izrul sambil menggaul-gaul nasi dagang dengan sudu yang dipegangnya.

“Haha, I really tak sangka you love this place,”kata Rissa.

“Why?,” Tanya Izrul ringkas sambil menyuakan nasi dagang berlaukkan ayam ke mulutnya.

“Because I selalu come here. My house is near this area,” jawab Rissa.

“Oh, where is that? ,” Tanya Izrul lagi, Matanya memandang mata Rissa.

“Um. Bukit Keramat. I suppose you know where is it,” kata Rissa

“Oh, rumah Kru tu ek. Something minangkabau look like,” kata Izrul masih lagi memandang Rissa.

“Yeah. Near that area,’ jawabnya tersenyum malu. Pandangan mata Izrul sangat tajam. Bagai katana yang datang asli dari Jepun.

“Ok. But I cant hantar you. Your car is at my place. Haha,” kata Izrul riang. “Eh. Banyak cakap pulak. Makan-makan,”

“okayyy,”jawab Rissa.

Monday, October 27, 2008

CHAPTER 2.2

CHAPTER 2.2 RISSA - "Saat itu"
“Rissa?Rissa right??”suatu suara yang familiar menegur Rissa dari arah belakang.

Terkejut Rissa dibuatnya. Rupa-rupanya Fazrul telah datang menegur Rissa yang masih lagi berdiri berhampiran tiang kayu itu tadi. Anis pula tercengang, diam seribu bahasa.


“Yyy..Yess..Rissa,”jawab Rissa ringkas sambil tersenyum. Dia cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.

“Rissa!What are you doing here?! Look at you, you’re working dekat my brother’s wedding?”tanya Fazrul sedikit teruja.

“Yesss… look at me. I’m a mess. Wearing black and white, like a panda,”

“No, no. You’re looking great. How’s life?”tanya Fazrul sambil tersenyum.Lesung pipitnya jelas kelihatan.

“Life? My life is very…..”



Belum sempat Rissa menghabiskan ayatnya, pengacara telah memanggil Tan Sri Shahrul untuk menyampaikan ucapan beliau.

“Oh, I’m sorry Rissa. I have to go,”kata Fazrul sambil membetulkan cermin mata tanpa bingkainya.”This is once in a lifetime event,”kata Fazrul.” I’ll see you later okay,”kata Fazrul lantas pergi ke meja tempat keluarganya sedang duduk.

“Rissa! I don’t know that you are so famous.Seriously, I’m jealous,”kata Anis yang masih terkejut.

“Nothing lah. Ey, better kita senyap, Tan Sri tengah bagi ucapan tu,”jawab Rissa malu-malu.

Suasana dewan kini agak sunyi. Hanya suara Tan Sri Shahrul yang berkumandang.


“Saya sangat berbesar hati kerana akhirnya anak sulung saya telah berkahwin,”kata beliau. “Tapi masih lagi saya rasa kecewa kerana walaupun Azrul dan Fazrul ada di sini, Izrul masih lagi berada di America kerana flightnya tiba-tiba delay.Tak dapat kami bersama pada malam ini,” tambah beliau dalam nada kecewa.


Namun ucapan Tan Sri Shahrul seterusnya sangat mencuit hati tetamu yang ada.Beberapa minit kemudian, Tan Sri Shahrul mengakhiri ucapannya.

“Terima kasih Tan Sri, sekarang, di jemput, Fazrul,anak ke dua Tan Sri Shahrul untuk memberikan sepatah dua kata.Dipersilakan,”

Dengan pantas tetapi terkawal, Fazrul pergi ke atas pentas yang di sediakan untuk memberikan ucapan.


“A very good evening to all,”kata Fazrul lalu memulakan ucapannnya berkenaan hubungannya bersama abangnya semasa kecil dahulu sehingga kini. “ Before I leave the stage, I would like to play a song for you,Azrul. And with that, I would like to call upon Rissa to sing with me,”katanya sambil memandang kearah Rissa.



“Oh no! I must be dreaming! Please please wake up Rissa!,” bisik Rissa di dalam hatinya. Wajahnya putih, pucat. Rissa tertelan air liurnya.

“Rissa, please?”kata Fazrul lagi di atas pentas.



Dengan langkah yang lemah, Rissa menggagahi perjalanannya ke atas pentas. Dia tidak mahu merosakkan majlis orang. Lagi-lagi majlis kebesaran. Para tetamu kelihatan berbisik-bisik antara satu sama lain.


Setelah naik ke atas pentas, Fazrul berbisik kepada Rissa,” You still remember the song Endless Love we duet together tu dulu,right?”


Rissa mengangguk lemah sambil cuba untuk senyum. Fazrul mula mengambil tempatnya di piano yang tersedia di atas pentas. Rissa pula memegang mikrofon yang di berikan oleh Fazrul kepadanya sebentar tadi.Fazrul pula hanya memakai mikrofon kecil. Rissa mula gugup. Sudah lama dia tidak menyanyi dihadapan orang ramai. Inikan pula dia terpaksa menyanyi dihadapan orang-orang kenamaan.



“Fazrul memulakan intro lagu Endless Love dengan sangat merdu. Ramai hadrin yang ketika itu sedang mula untuk makan hidangan yang disediakan,terpukau dengan kebolehan Fazrul bermain piano.

My love,Theres only you in my life.The only thing thats bright.My first love,You’re every breath that I take.Youre every step I make
I want to share. All my love with you. No one else will do
And your eyes.Your eyes, your eyes.They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be,My endless love. Two hearts,Two hearts that beat as one
Our lives have just begun. Forever,I’ll hold you close in my arms.I cant resist your charms.
Oh, love.I’ll be a fool.For you,Im sure,you know I dont mind
Oh, you know I dont mind... cause you,
You mean the world to me.Oh,I know,I know.Ive found in you
My endless love..... And, yes.Youll be the only one cause no one can deny this love I have inside and Ill give it all to you.My love.My love, my love. My endless love


Fazrul kemudian menyudahkan lagu dengan outro yang sangat mempersonakan. Persembahan duet mereka mendapat tepukan gemuruh. Rissa yang masih lagi ketakutan terus turun dari pentas dan kembali ke tempat dia dan Anis berdiri sebelumnya.



“Wow, you can sing very well Rissa!”kata Anis dengan nada kagum.” Why you tak join AF ke, Malaysian Idol ke…You ada package tau. Cantik,gebu, suara best,”katanya lagi.

“Ish…tu nasib je la Anis. I think diorg letak reverb banyak kot. So tu yang bunyi sedap tu. I mana reti nyanyi,”jawab Rissa cuba menidakkan kata-kata Anis.

“Suka hati you la Rissa. Tu ada pinggan orang tinggal. Angkat-angkat.”

“Eh..I pulak.. I penat la singing Nis…Tadi I thought I was going to pengsan on the stage tauuu,”kata Rissa sambil memegang tekaknya.

“Eleh..pemalas,I jugak yang kena buat”balas Anis lalu pergi untuk mengangkat pinggan.



Kelihatan Fazrul tiba-tiba datang ke arah tempat Rissa berdiri dengan langkah yang perlahan.



“Hi again Rissa,”kata Fazrul tersenyum.

“You…Sedap-sedap je you call me to sing. Nasib I tak pengsan infront of all these people,”kata Rissa sedikit geram.

“Haha..I’m sorry Rissa. Alang- alang you dah ada dekat sini, why not I call you. We make a perfect duet tau,”jawab Fazrul.

“Okay okay. You’re forgiven. Just don’t do that again. Or I’ll cubit you sampai merah,”jawab Rissa geram.

“By the way. My mum loves your singing. She wants you to sing masa my brother punya other small event dekat Saloma Bistro. Is that okay with you?”Tanya Fazrul.

“Umm…But I selalu busy malam Faz. Banyak kerja I here,”kata Rissa.

“Naah. Its ok. I’ll tell my mum suruh cakap dekat your boss. Surely okay punye,”kata Fazrul cuba meyakinkan Rissa.

“Umm..okay Faz. If tak keberatan, I’ll try,”jawab Rissa.

“Okay, and this is my card. Apaper contact I okay? Maybe kite can train sikit before duet lagi “kata Fazrul tersenyum sambil memberikan kad namanya pada Rissa.

“Okay,”

“See you Rissa”

Rissa hanya membalas dengan sebuah ukiran senyuman yang halus di bibirnya.

Thursday, October 23, 2008

Chapter 2-Rissa


Chapter 2.1 ~ Saat itu

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Perkahwinan antara Azrul dan Dewi akan diadakan pada sebelah malam. Ramai tetamu telah dijemput dan kebanyakan mereka adalah orang kebesaran.


Rissa dan Anis seperti biasa, terpaksa bekerja pada malam hari sebagai waitress pula di majlis itu.


“Hai Nis, orang malam-malam pegi wedding pakai baju very the elegant, kita ni pakai baju waitress angkat pinggan je,”kata Rissa sedikit tidak puas hati.


“Haha, kalau I dapat anak Datuk ke, kan ke bagus. Wedding grand je, rase macam princess,”jawab Anis.


“Beranganlah you, Datuk K pon belum tentu nak kat you tau tak,” kata Rissa bergurau sambil tertawa kecil.


“Eleh, setakat Datuk K tu buat apa Rissa. Geli I okayyyy. Lain la if Datuk Shah Rukh Khan ke, I sukeee,”jawab Anis riang.


Orang ramai mula berderu-deru masuk ke dalam ballroom yang indah dihias bertemakan warna maroon dan peach itu.Semuanya berpakaian cantik,lelaki memakai baju melayu lengkap bersampin, manakala wanita pula ada yang memakai baju kurung dan ramai juga yang memakai baju kebaya.


Ballroom yang pada awalnya lengang kini dipenuhi manusia memenuhi meja-meja yang sebentar tadi kosong. Ada tag bertulisan ringkas diselitkan di atas setiap gubahan bunga berwarna putih yang terletak di atas meja untuk mengasingkan tempat duduk ahli keluarga dan para sahabat. Di hadapan terdapat sebuah stage yang agak sederhana saiz nya. Terdapat sebuah grand piano berwarna putih di hujung kebelakang stage itu.


Tiba-tiba, lampu di dalam ballroom tersebut di malapkan secara perlahan-lahan. Hanya cahaya kekuningan yang membayangi dewan tersebut. Itu tandanya pengantin telah tiba.Para tamu kelihatan meninggikan leher untuk melihat kedua-dua mempelai beriringan memasuki ballroom yang indah itu.



Seketika kemudian, kelihatan seorang lelaki segak bergaya,memakai tuxedo hitam berjalan, berpimpinan tangan bersama seorang wanita yang berwajah kacukan,berpakaian gaun labuh berwarna putih, mula masuk. Mereka diiringi cahaya spotlight yang cerah, juga didahului anak-anak kecil yang comel berjalan sebaris di hadapan mereka.Wajah mereka riang sekali. Di belakang pengantin pula terdapat beberapa ahli keluarga mengiringi perjalanan mereka memasuki ballroom.



Ditengah-tengah ahli keluarga yang mengiringi pengantin, Rissa dan Anis, yang sedang berdiri berhampiran tiang kayu berukiran bunga-bungaan, terlihat seorang jejaka yang segak, berjalan bersama-sama kumpulan itu. Gayanya berjalan sahaja sudah memukau banyak mata anak gadis terutamanya.


“Tu, Fazrul tu Rissa,Fazrul.Oh my god, he is so hot!,”teriak kecil Anis kepada Rissa.


“A’ah la,”jawab Rissa pendek sambil memanjangkan lehernya mencari-cari jejaka yang dikatakan Anis itu.


“Ish, you ni macam takde perasaan la.Oh my god, I’m fainting!,”kata Anis lagi sambil mengipas-ngipas mukanya.


Rissa ketika itu teringat akan kisahnya bersama Fazrul. Bukan orang asing lagi Fazrul bagi Rissa, kerana dia merupakan seniornya di University of New South Wales.Ketika itu, Rissa ke sana dengan biasiswa manakala Fazrul pula belajar di sana atas usaha mummy dan daddy nya. Oleh kerana tidak begitu ramai orang Malaysia di sana, maka hubungan mereka agak akrab.


Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengisi free time mereka di sana. Fazrul yang hebat bermain piano dan menyanyi juga selalu berduet bersama-sama Rissa untuk melakukan persembahan di event-event kecil yang diadakan di universiti tempat mereka belajar.…



Majlis telah pun bermula. Pengerusi majlis bersama temannya mula menyampaikan ucapan pendek. Kedua-dua pengantin yang sedang duduk di tempat bersanding kelihatan tersenyum sipu menjadi raja sehari. Senyuman Azrul di atas tempat persandingan di temani lesung pipit nya yang dalam. Sedang pengerusi menyampaikan pantun nya, tiba-tiba bahu Rissa di cuit dari belakang…….

Wednesday, October 22, 2008

Chapter 1 - Rissa

by Reez


CHAPTER 1 - Rissa















Langit yang mendung kini ditemani hujan yang turun renyai-renyai membasahi bumi. Ia bagaikan mengerti isi hati Rissa yang kini tidak menentu. Di sudut kamarnya yang kecil, Rissa merenung jauh ke luar tingkap mengenangkan nasibnya.

Lamunannya tidak mampu diganggu walaupun langit mula berkata-kata dengan dentuman yang kuat,apatah lagi kipas di biliknya yang sudah ditelan zaman, berbunyi-bunyi sambil berpusing melawan arah jam. Namun,lagu Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Caillat di laptop kepunyaannya menemani lamunannya yang semakin lama,semakin jauh beterbangan.





“Apa yang kau menungkan tu Rissa?,”suatu suara tua tiba-tiba bertanya dari belakang,menghentikan lamunan Rissa.


Rupa-rupanya mama kepada Rissa, Puan Sharline, yang menegur anaknya sambil menunjukkan wajah yang simpati.


“Takde apape ma, saja nak relaks sikit,ambik angin”, kata Rissa sambil tersenyum lemah ke arah mamanya.


“Apape saja lah kau Rissa, kejap lagi turun makan dengan mama and papa tau”

“Okay ma”jawab Rissa pendek.


Puan Sharline mula melangkah keluar dari biliknya, dan Rissa pula, terus memandang ke luar tingkap untuk menyambung menungannya yang terputus sebentar tadi sambil memegang erat gambar seseorang. Sesekali bibirnya mengukir senyuman, tercuit hatinya serba sedikit mengenangkan kisah lama bersama kekasih lamanya.


Kisahnya bermula ketika Rissa masih lagi menunggu result sebuah syarikat untuk permohonannya mengisi jawatan kosong sebagai seorang Accountant.Rissa telah menghabiskan pelajarannya di University of New South Wales dan telah mendapat kelulusan yang cemerlang dalam bidang perakaunan.

Namun, kata pegawai yang bertugas,”We'll contact you in four weeks time Miss Rissa,”permohonannya akan dijawab dalam masa empat minggu kerana terlalu banyak permohonan yang perlu ditapis oleh mereka. "Graduan nowadays makin competitive,"kata mereka lagi.


Oleh kerana jawapan bagi permohonannya mengambil masa yang begitu panjang, Rissa telah mendapatkan kerja di sebuah hotel di pusat bandar bagi mendapatkan wang lebih untuk shopping seperti wanita-wanita yang lain.

“Kenapa you nak kerja Rissa, kan your dad ada, mintak je la”, kata Anis,sahabat Rissa, kepadanya.


“Ala Nis, you know my dad right? Bukan senang I nak dapat duit from him.If dia bagi,nak topup pun belum tentu cukup tau,”balas Rissa sambil tertawa.


“You ni, tak baik tau cakap your dad macam tu. Ala, you pujuk la dier manje-manje sikit, sure dia bagi punye,” kata Anis lagi dengan nada bergurau.


“Taknak la Nis, I pun tak nak pamper myself sangat. Nanti I makan tido makan tido, jadi cam baby elephant pulak,”


Tawa mereka menggamit suasana grand ballroom yang boleh tahan besarnya itu.

“Hey!Apa yang kamu tengah ketawa tu?!” jerit seorang manager hotel secara tiba-tiba yang kebetulannya memasuki ballroom tersebut.


“Errrr…kami”. Rissa tidak mampu berkata apa-apa kerana takut.


“Awak kalau nak kerja, buat kerja betul-betul.Wedding ni sangat grand. All things have to be perfect,and you know that is our policy!Kalau awak nak ketawa sangatttt, balik rumah, tengok Mr Bean,paham???”


“Faham cik puan~,” jawab mereka hampir serentak.


Manager itu terus berlalu ke tempat lain untuk melihat progress persiapan untuk perkahwinan yang akan diadakan dalam masa 2 hari lagi. Perkahwinan itu adalah di antara Azrul dan juga Dewi. Mereka berdua merupakan anak kepada businessman tanahair yang hebat, iaitu Tan Sri Shahrul dan Datuk

Kamil. Jodoh anak mereka akan disatukan secara besar-besaran di hotel tempat Rissa bekerja.


“Ish,bising betullah Cik Murni tu, kalah singe betina. Gelak sikit marah, gelak sikit marah, mana tak muka berkedut-kedut macam bulan,” kata Rissa meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada Anis.


“Tu la, I think that’s the reason dia tak kawin-kawin lagi. Maklum la, siapalah nak terjun dalam kandang singe.,” sambung Anis sambil tertawa kecil.


“Shh! Jangan la kuat sangat, karang singe terkam baru you tau,”

Mereka berdua terus bercerita sesama sendiri sambil memasang kain berwarna maroon pada meja makan bagi tujuan perkahwinan itu. Banyak kain yang perlu dipasang, kira-kira 100 meja lagi sedang menunggu.


Sejam selepas itu, tiba-tiba, suara riuh-rendah kedengaran berhampiran pintu masuk ballroom. Puan Sri Suhaili rupa-rupanya yang sedang sibuk menyuruh pekerja-pekerja hotel yang lain lekas melakukan kerja menghiasi ballroom tersebut. Mungkin dia berasa teruja untuk melihat tempat anaknya yang akan berkahwin untuk siap secepat mungkin.

“I want this wedding to be wedding of the year okay Cik Murni, biar orang tahu siapa husband I,siapa lagi if bukan Tan Sri Shahrul,”kata Puan Sri Suhaili dengan lagaknya yang tersendiri sambil tertawa kecil.


“You can count on me Puan Sri, don’t worry,”jawab Cik Murni dengan muka yang sedikit pucat tapi tersenyum lebar.

“Good”, jawab Puan Sri Suhaili ringkas.

Di suatu sudut, Rissa dan Anis masih lagi memasang alas kain meja yang berwarna maroon,tapi kini di meja paling hadapan yang merupakan tempat duduk VIP.


“Rissa, kain merah ni dah nak abis ni. I think you should get some more. If tak cepat, mati la kite,”kata Anis.


Ala, fine la. Dekat mana kain-kain yang lain tu Nis?”

“I think its over there,”Anis menunjukkan jarinya ke arah bilik berhampiran pintu masuk ballroom,”You masuk bilik tu, then you tengok kanan, I think its there somewhere,”

“Okay,”jawab Rissa


Rissa berjalan ke bilik tersebut dan mengambil sebuah kotak besar berisi kain untuk dibawa ke tempat sebentar tadi. Namun oleh kerana kotak itu terlalu besar, Rissa terhuyung-hayang membawa kotak tersebut. Tiba-tiba, Rissa bersama kotak yang dibawanya terlanggar Puan Sri Suhaili, namun tidak begitu serius.


“Ouch!Watch out you! Awak tak nampak ke saya tercegat dekat sini??” herdik Puan Sri Suhaili. “ Lain kali, hati-hati sikit,” tambahnya.


“Sorry Puan Sri, saya salah,…emmm…saya lose control sikit tadi.Maaf Puan Sri,”jawab Rissa.


“Dah..dah…Continue your work,”


“Ba..baik Puan Sri..,”


Rissa bergegas membawa kotak tersebut ke tempat Anis dengan wajah yang agak pucat.


“Anis, malunye aku! Nasib baik Cik Murni pergi toilet. If tak, sure I kene sack,”


“Haha, Rissa, you ni careless lah. Ey, at least you talked to her tau.Manalah tahu nanti dier jadi mak mertua you.”kata Anis sambil tersenyum sinis,” Anak dier yang sorang lagi tu pun,boleh tahan macho. You kan suka,”kata Anis sambil menumbuk ringan bahu Rissa.


“Who?Fazrul? Haha, its like a dream come true lah to get him, alive,haha,”jawab Rissa.


“Pandai la you, lusa dapat la kite tengok dia sama-sama.We are going to melt like icecream under the sun,”kata Anis gembira.


“Ish you ni, buat kerja la, nanti datang lagi Cik Murni sayang kite tu,”kata Rissa,mukanya merah padam.


“Yela Cik Rissa intan payung mutiara emas,”

Bersambung…….